CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS

Friday, October 30, 2009

NiGeRia



Terjemahan: Perbualan Bersama Dengan Ibrahim Zaki, Ulama Syiah Nigeria.

Bagaimana Pandangan Sunni ke atas Syiah Nigeria?

Mereka menyangka kami syiah adalah berbeza. Mereka hanya berbicara dengan Muslim sebenar. Kata mereka, kami Syiah, akan tetapi antara kita wujud akidah Islam yang berbeza. Kami sering menegaskan bahawa kita adalah satu, tetapi mereka sering membalas bahawa kita adalah berbeza. Kami Syiah Nigeria berusaha keras untuk membuatkan mereka memahami dan bersetuju bahawa walaupun kami Syiah dan mereka Sunni, kita sama-sama berpegang dengan agama Islam.

Tolong Jelaskan Sejak bilakah Syiah Menapak di Nigeria?

Selepas Revolusi Islam Iran. Sebelum revolusi, kami hanya mengetahui tentang Syiah melalui buku-buku. Seingat saya sewaktu di Universiti, satu perbahasan mengenai akidah Syiah telah diadakan. Dari sebuah ceramah saya tahu bahawa Syiah beriman kepada Imamah. Mereka beriman kepada 12 orang Imam dari keturunan Rasulullah (saww)yang maksum, yakni suci dari dosa (tidak pernah berbuat dosa). Buku-buku ini juga hingga sekarang masih di baca di Universiti-universiti Nigeria. Buku ini menyebut bahawa apa sahaja yang dilakukan oleh Imam-imam Syiah, wajib diikuti hatta jika bersalahan dengan al-Quran. Buku ini banyak berbicara tentang pembohongan-pembohongan terhadap Syiah. Buku yang apabila di baca membuatkan orang menjauh dari memahami apa sebenarnya Syiah. Selepas Revolusi Islam Iran, sedikit demi sedikit kami memahami apa itu Syiah. Al-Quran tidak pernah ditolak ke tepi, akan tetapi para Imam adalah al-Quran yang berbicara, yakni seiring dengan al-Quran dalam perkataan dan perbuatan.

Adakah mazhab-mazhab yang empat wujud di Nigeria?

Tidak. Hanya mazhab Maliki, manakala mazhab Syafie, Hanbali dan Hanafi tiada. Hanya sejumlah golongan Pakistan bermazhab Hanafi telah datang ke Nigeria. Selepas kedatangan Syiah, Salafi juga mula bergerak di Nigeria. Tarekat Sufi juga mula menapak.

Adakah Golongan Syiah di sini Bebas Mengamalkan Ajarannya?

Sebahagiannya kami diizinkan untuk mengadakan secara terbuka, sebahagiannya lagi tidak.


Adakah Golongan Syiah di sini Menghadapi Masalah Contoh Dalam Urusan Persekolahan dan Jual Beli?

Ya ada, tetapi bukan di semua tempat.

Anda Bebas untuk Solat Berjamaah, Solat Jumaat, Amalan Muharram dan Bulan Ramadhan?

Agak bebas, walau bagaimana pun Kami belum memiliki masjid, buat masa ini adalah lebih baik untuk bersabar dahulu insyaAllah di masa akan datang. Semua majlis-majlis dijalankan di Husainiah di setiap negeri. Kami di sini tidak ketinggalan dalam mengadakan majlis Asyura dan wiladah Aimmah (as).

Di Anggarkan Berapa Ramai Golongan Syiah di Nigeria?

Bagi keseluruhan Nigeria, jumlah kami tidaklah sebegitu ramai. Dengan izin Allah, di masa akan datang akan bertambah ramai.

Adab Resam dan Budaya Syiah Nigeria Pula Bagaimana?

Asyura sangat penting. Kami berkumpul dan berarak sepanjang jalan. Begitu juga dalam majlis-majlis wiladah (kelahiran) Aimmah (as). Wiladah Hazrati Fathimah Zahra binti Rasulullah (sa) dan Nisfu Syaaban kami sambut dengan berbesar hati. Tidak ketinggalan kami juga berkumpul, khusus demi Hari al-Quds Sedunia yang jatuh pada hari Jumaat terakhir Bulan Ramadhan.

Adakah Anda diberi Cuti Umum pada Hari Asyura?

Tidak. Hanya hari Maulidur Rasul (saww) sahaja diberi cuti umum. Sudah tentu pada tarikh 12 Rabiul Awwal, bukan 17 haribulan. Walau bagaimanapun, bermula dari 12 hingga 17 haribulan, majlis besar-besaran dijalankan.

Adakah Saudara-saudara Sunni juga Turut Sama Dalam Majlis Asyura?

Tidak. Hanya dalam sambutan Maulidur Rasul (saww) sahaja.

Bagaimana pula dengan sekolah untuk anak-anak Syiah Nigeria?

Jika anda maksudkan sekolah umum di Nigeria, sebahagian daripada kami ada yang menghantar anak-anak ke sekolah umum yakni mengikut fekah maliki. Walau bagaimana pun di sini kami juga ada mewujudkan sekolah-sekolah yang mengajar tentang ilmu agama mengikut jalur Syiah, akan tetapi bukanlah sepenuh masa.

Adakah Warga Nigeria yang Belajar di Hauzah-hauzah Ilmiah, Qom, Iran?

Ya ada. Ramai warga kami kini menuntut ilmu di hauzah-hauzah Ilmiah di Qom, Iran.

Kata-kata akhir anda?

Syiah adalah mazhab yang baru menapak di Nigeria, kira-kira 30 tahun lalu. InsyaAllah di masa akan datang bilangan kami Syiah Nigeria akan bertambah sehari demi sehari.

Thursday, October 8, 2009

PeNgaJaRan DrPd seoRanG PeRompAk



Al-Kisah.... ^-*

Sekumpulan perompak telah berjaya merompak sebuah kafilah. Salah satu barangan yang dirompak merupakan sebuah bungkusan. Setelah beberapa ketika, kelihatan seorang lelaki dengan pantas berlari mengejar dari belakang kumpulan perompak. Lelaki tersebut menjerit, “ Tunggu! Tolong pulangkan bungkusan saya. “

Ketua perompak dengan nada hairan berkata, “ Sekarang bagi tahu, apa sebenarnya yang ada di dalam bungkusan ini? ”

Lelaki tadi yang dengan nafas yang tercungap-cungap keletihan menjawab, “ semua buku-buku yang saya miliki ada di dalamnya. Hanya itu ilmu yang saya ada. ”

Ketua perompak membalas, “ Maksud kamu, setelah kami merompak bungkusan ini, sedikit ilmu pun tiada yang tinggal pada diri kamu?!

Mendengar sahaja kata-kata ketua perompak, lelaki itu tersedar sendiri, bagaikan terpukul,mula berasa bodoh dan mula memahami. Ilmu yang dimiki harus bersatu dengan akal dan juga hati sanubari, bukanlah bergantung kepada helaian-helaian buku. Ilmu yang bersatu dengan akal dan hati tiada siapa yang dapat mencurinya. Hari itu, lelaki ini telah mendapat satu pengajaran yang amat besar hatta daripada seorang perompak.

Imam Ali b. Abi Thalib as: " Seseorang itu belum boleh di anggap 'alim, sehinggalah dia mengamalkan apa yang dipelajarinya."

Thursday, September 17, 2009

HaRi aL-QuDs


Bismillahirrahmanirrahim.
Allahhumma Solli ‘Ala Muhammad Wa Ali Muhammad, Wa’ajjil Farojahum.

Hari al-Quds adalah hari Jumaat terakhir bulan Ramadhan, Hari al-Quds adalah hari pembebasan bumi Palestin daripada tangan Zionis Israel, Hari al-Quds adalah hari yang mana umat Islam bersatu melaungkan Marg Bar Amrika! Marg Bar Israel!, Hari al-Quds adalah hari umat Islam memikirkan saudara seislam mereka yang berada dalam penindasan dan penyiksaan.

Hari al-Quds adalah hari sedunia, bukanlah hari yang hanya khusus kepada Quds. Hari penentangan yang ditindas keatas yang menindas, Hari kebangkitan negara-negara atau bangsa-bangsa yang berada dibawah kezaliman Zionis dan sekutunya Amerika.Hari yang mana mereka yang tertindas lengkap bersedia berhadapan dengan penindas dan menjatuhkan kekuatan dan kezaliman mereka, hari yang dapat membezakan antara yang bersepakat (jujur), dengan yang munafik, yang bersatu, dengan yang berpecah-belah. Mereka mengetahui hari ini adalah Hari al-Quds pasti akan mengamalkan seperti yang sepatutnya.

Hari al-Quds adalah hari yang mana semuanya bertekad untuk membebaskan Quds. Hari al-Quds adalah hari yang mana, kita dengan pemikiran yang luas dan bijak perlu menyedari bahawa selama ini kita berada dibawah bayang-bayangnya Zionis dan sekutunya dan terlibat dengan perancangan licik sang yang dilaknat. Perlu sedar bahawa jika tidak berubah dari situasi sebegini, maka kita semakin hari semakin musnah.

Hari al-Quds bukan hanya Hari bagi Palestin, namun ia adalah Hari Islam dan Hari Pemerintahan Islam.

Saya menyeru kaum muslimin di seluruh dunia untuk menjadikan Jumaat terakhir di bulan suci Ramadhan sebagai Hari al-Quds; dan melalui demonstrasi seluruh kaum muslimin sedunia inilah, akan menyatakan dukungan mereka ke atas hak-hak rakyat muslim. [Imam Khomeini (ra) ketika mengumumkan Hari al-Quds, 7 Ogos 1979, Sahifa-yi Nur, vol. 8, hal. 229]

Maka, seperti petikan kata-kata yang telah diucapkan oleh Rahbar al-Uzma Sayyed Ali Khamanei pada satu khutbah Jumaat di Tehran,Iran , beliau telah berkata : “ Rakyat Iran yang bijak dan penuh sedar, umat Islam yang lainnya dan pencinta kebebasan, akan datang ke jalan-jalan untuk mempertahankan hak-hak rakyat Palestin yang dizalimi ”.

Dengan haknya hari Jumaat yang mulia, dengan haknya bulan ALLAH, bulan Ramadhan semoga musuh-musuh Islam hancur , bumi Palestin akan bebas dan kiblat pertama orang Islam akan kembali ditadbir oleh orang Islam.Semoga umat Islam seluruhnya akan bersatu.
Marg Bar Amrika! Marg Bar Israel!

Qabul Bosheh...Ilahi Ameen.
Eltimasi Doa...

Tuesday, September 15, 2009

StuDeNTs CeLeBraTe MoNtH of RaMaDhaN


Saba Syahid, 17. Pelajar University of Hamden, conn.

Saya masih ingat ketika masih kecil, saya dan abang dengan gembira beritahu ibu dan ayah “ Kami puasa hari ni, tak boleh makan! “ Ibu dan ayah tidak pernah memaksa kami untuk berpuasa, ia atas kesedaran sendiri kerana kami membesar dalam kalangan keluarga dan tradisi Muslim. Saya hampir pasti, kali pertama saya berpuasa dengan cara yang betul ketika darjah 4 atau lima (U.S). Saya melanjutkan pelajar ke sekolah tinggi Katolik dan semua orang memberikan sokongan, malah ada yang turut sama berpuasa bersama walaupun bukanlah seorang Muslim. Saya tak perlu berbohong, ada ketikanya saya tak dapat bertahan sehingga terbenam matahari saya akan berbuka. Ketika Eid Fitri kami akan sama-sama menunaikan solat Eid, pulang ke rumah, terima banyak hadiah dan pergi ke rumah-rumah jiran berdekatan seperti sambutan Krismas.

Abdullah Shamari, 19. Pelajar University of California, San Diego.

Kanak-kanak akan rasa amat teruja untuk berpuasa. Saya masih ingat ketika baru berumur 6 atau 7 tahun saya berpuasa ke sekolah, bila sahaja sampai ke rumah terus berbuka. Sekarang kita boleh lihat kanak-kanak berumur 6 atau 7 tahun berpuasa penuh dalam sehari. Mereka masih ingin terus berpuasa walaupun ibu bapa sudah menerangkan bahawa bagi kanak-kanak bukanlah satu kewajipan. Ketika berumur 11 tahun barulah saya mula berpuasa dengan betul. Setelah sudah meningkat dewasa baru kita tahu akan kepentingan berpuasa. Ada yang lebih penting daripada hanya menahan nafsu makan, ia lebih kepada kepentingan moral orang yang berpuasa. Kita menjadi lebih baik dari segenap aspek. Hari pertama berpuasa kita akan berasa betul-betul lapar dan sakit kepala. Tetapi setelah terbiasa, semuanya seakan-akan ok. Apabila kamu berada dalam sesebuah perlumbaan, walaupun berasa sangat penat kamu akan terus berlari kerana kamu tahu ada penamatnya. Sama saja mentalitinya dengan berpuasa. Walaupun berasa sangat lapar, kamu harus meneruskannya kerana pasti ada saatnya untuk berbuka. Akhirnya kamu akan berpuasa hati kerana telah berjaya menamatkan sesuatu, sedikit demi sedikit tabiat buruk tidak menyiapkan kerja juga akan turut hilang.

Aisha Azher, 18. Pelajar Lowa State University.

Saya berpindah dari Pakistan ke U.S ketika berumur 9 tahun. Saya mula berpuasa ketika berumur 12 tahun, dan ia menjadi satu kawajipan ketika berumur 14 tahun. Ketika mula-mula berpuasa kamu akan berasa sangat lapar dan mengidam pelbagai makanan terutama jika sudah menonton promosi makanan di televisyen. Saya akan sibukkan diri dengan macam-macam kerja, jika tidak saya hanya akan teringatkan makanan. Di hadapan kawan-kawan, rasa agak janggal tetapi mereka memahami dan turut memberikan sokongan. Kadang kala mereka akan tukar perancangan dari hendak ke restoran ke tempat lain. Mereka tanya tentang bulan Ramadhan, saya jawab bulan Ramadhan adalah bulan untuk berpuasa daripada sebelum terbit matahari sehingga terbenam matahari. Mereka tanya kenapa? Saya biar mereka tahu bahawa Islam mengajar kita untuk merasai derita mereka yang berada dalam kemiskinan. Dalam masa yang sama, puasa mengajar saya untuk menahan bicara daripada mengumpat hal orang lain. Saya berhenti makan pizza, tukar kepada air biasa dan buah-buahan. Saya cuba mengurangkan berat badan- Setiap sabtu komuniti Muslim di sini akan mengadakan jamuan berbuka puasa bersama-sama. Banyak manisan akan disediakan. Percaya atau tidak, sepanjang minggu saya cuba berdiet dengan berpuasa, tetapi setiap sabtu banyak pula manisan yang saya makan sebagai gantian.

Qasim Hijaz, 19. College in Rochester, N.Y.

Kebanyakan warga Pakistan adalah Muslim, jadi tidak pula nampak sesiapa makan di siang hari di sana. Tetapi di sini, semua orang makan di sekeliling kamu, tidaklah susah untuk menipu (ponteng puasa). Tapi tidak bagi saya. Tuhan ada di mana saja, Dia Maha Mengetahui. Apa yang baiknya, ketika saya berpuasa kawan-kawan tidak pula makan di hadapan saya. Kami cuba merancang sesuatu yang tidak ada kaitan dengan makanan, mungkin pergi jalan-jalan atau main sesuatu permainan .Jika ada orang lain yang makan di hadapan saya, saya akan sibukkan diri dengan kerja-kerja lain untuk menjaga nafsu kerana saya akan lebih terasa lapar apabila melihat orang lain makan. Saya habiskan masa dengan membaca buku, mengadap komputer dan menunaikan solat. Bulan Ramadhan bukan sahaja tidak makan, merokok dan minum air, malah yang lebih besar adalah tidak menipu dan perlu cakap dengan jujur. Puasa menahan diri daripada perkara-perkara yang tidak beretika. Saya gembira jika ada yang bertanya kenapa kamu berpuasa?kerana bagi saya, jalan yang terbaik untuk menangkis kesalahfahaman bagi orang yang tidak tahu tentang apa itu berpuasa bagi seorang Muslim, adalah dengan bertanya.

Ismahan Warfa, 21. University of California, San Diego.

Sesetengah orang bertanya, kamu berdiet? Saya hanya jawab, tidak. Ada yang menyangkakan kita berpuasa tanpa apa-apa alasan. Orang yang berpuasa atas tujuan berdiet, inilah sebenarnya berpuasa tanpa tujuan sebenar. Puasa mengajar kita mengawal diri. Sepanjang bulan Ramadhan, kamu harus sedaya upaya mengawal lidah dari berbicara perkara yang tidak baik dan pastikan kamu berkelakuan baik terhadap orang lain. Banyakkan memberi kepada mereka yang kurang bernasib baik. Saya melihat kembali ke dalam diri, mengubah karekter diri yang tidak baik kepada yang lebih baik. Saya cuba mengingati apa yang terdapat di dalam al-Quran dan mengamalkan dalam kehidupan seharian.Kita manusia sememangnya bernafsu terhadap makanan. Saya sangat sukakan coklat, namun ketika berpuasa saya terpanggil untuk mengawal diri daripada memakannya. Saya akan berasa sedikit sedih apabila bulan Ramadhan berlalu. Kamu akan merasai Rahmatnya bulan Ramadhan. Dalam masa yang sama, saya gembira kerana berjaya peroleh pahala yang amat besar bagi seluruh tahun. Saya sangat sukakan bulan Ramadhan.

Friday, September 4, 2009

TaKe oFF You BLiNdFoLD

Freemasons, Illuminati, Elite;

They hide under many names;

And we are like horses;

And They’re holding our reins;

They want make you a fool;

cause all they possess is a desire to rule;

They wanna take over your mind;

And if they do;

Then escape is hard to find.

See beyond the veil they put over your eyes;

Working like a snake, They feed you with lies.

So Take off your blindfold and wake up from sleep;

Cause they’re like wolves, clothed as sheep;

Take off you blindfold, and make sure you resist;

Against the false ideas that they insist;

Take off your blindfold and break free from control;

Cause from God, they’re distracting your soul;

And rip off your blindfold and be aware!

They’re getting ready, so you too, for the Awaited (ajf) prepare!

Written by Zainab Ladak Tanzania.
Aug ’09.
Qom, Iran.

Thursday, August 27, 2009

Di SeBaLiK PeRaNg



19 tahun yang lalu, apabila kumpulan tahanan Perang Iraq-Iran yang pertama akan dibawa pulang, jalan-jalan di Iran dibanjiri tangisan kegembiraan para ibu dan isteri. Tangisan penuh harapan, sama ada ayah, suami, saudara lelaki ataupun anak yang disayangi tersenarai di antara yang dibebaskan dari penjara Iraq.

Perang Iraq-Iran pada tahun 1980 telah meninggalkan kesan yang amat tragis kepada lebih 1000 keluarga, yang mana ibu-ibu dan isteri sentiasa menantikan kepulangan insan tersayang. Bilangan besar ini termasuk para tentera yang menjadi tahanan dan yang tiada langsung khabar berita.

Para isteri yang kehilangan suami, saudara lelaki atau ayah menghadapi tekanan hidup terutama insan yang tidak kembali itu adalah ketua keluarga dan tempat bergantung hidup. Mereka tidak tahu apa mungkin pengalaman pahit ini dapat dilupakan, jika bisa bagaimana?mana mungkin bukan?.

Apabila ICRC menyampaikan berita bahawa kumpulan tahanan akan pulang dari Iraq ke Iran pada 2003, Ibu-ibu dan isteri-isteri ini berkumpul di tengah-tengah bandar Ghasre Shirin meratap dan menangis sambil menjulang potret-potret ahli keluarga masing-masing dengan penuh harapan berharap salah seorang daripada tahanan yang tiba, terselitnya insan yang dikasihi.

Hussein menceritakan bagaimana ayah dan ibunya menantikan kepulangan anak yang dikasihi, Ahmed (saudara lelaki Hussein) sehingga ke penghujung hayat mereka. “ Ibu saya setiap hari menunggu di jalanan, bilakan kumpulan konvoi yang seterusnya akan pulang dari Iraq. Dia minta saya tolong buatkan sekeping kertas rentang dengan nama abang saya tertulis di atasnya. Katanya, nanti Ahmed dengan mudah akan nampak ibu dari dalam bas. Waktu ibu menyedari Ahmed tiada dalam bas, dia akan berlari-lari bertanya pada setiap orang di manakah Ahmed? Namun abang tak juga kembali. Ayah kembali kerahmatullah dengan penuh kesedihan dan ibu berterusan dengan kertas rentang bertulis nama abang hingga ke akhir hayat beliau.”

3 dekad sudah pun berlalu, namun ahli keluarga para tentera Perang Iraq-Iran masih berasakan derita kehilangan. “ 23 tahun yang lalu dia telah pergi,” kata seorang ibu salah seorang tentera yang pergi pada tahun 1985. “ Saya telah menanti dan akan terus menanti kepulangannya. Bagi saya, dia masih berumur 19 tahun.”

Perjanjian yang ditandatangani pada 16 Oktober antara Iraq dan Iran menyatakan bahawa ICRC perlu memperbaharui dokumen bagi pihak ahli keluarga tentera untuk mempercepatkan proses mendapatkan jawapan, apa sebenarnya yang terjadi kepada ahli keluarga mereka. Adakah sedang dalam tahanan atau telah pun syahid.

Al-Fathihah & Shalawat khusus kepada pejuang-pejuang kebebasan.

Saturday, August 22, 2009

BuLaN RaMaDhaN KaRiM


Ya Allah,Tuhanku, ampunilah aku dalam apa yang Kau lebih ketahui dari yang aku tahu. Apabila aku kembali kepada dosa-dosa, Engkau kembali pada keampunan. Tuhanku, ampuni aku atas apa yang telah ku janjikan kepada diriku tetapi tidak Kau temui bahawa aku telah memenuhinya dalam diriku. Tuhanku, ampuni aku atas apa yang telah ku cari dengan lidahku untuk mendekati-Mu, tetapi hatiku melawan dan tidak melaksanakannya. Ya Tuhanku, ampuni kerdipan mata, ucapan buruk, hawa nafsu hati dan kekeliruan bicaraku.

* BuLaN RaMadHaN KaRiM *

Telah diriwayatkan daripada Jabir b. Yazid daripada Imam Muhammad al-Baqir as yang mana Rasulullah saww telah bersabda kepada Jabir b. Abdullah: " Wahai Jabir! ini adalah bulan Ramadhan maka barangsiapa yang berpuasa di hari itu dan berdiri untuk menunaikan ibadah di malam harinya dan memelihara perut dan kemaluannya daripada sesuatu yg haram serta memelihara lidahnya maka segala dosanya akan mengalir keluar (terampun) seperti mana dia telah keluar (berakhirnya)dari bulan Ramadhan ini ". Jabir berkata: " Ya Rasulullah, betapa indah hadis yang Tuan sabdakan!." Bersabda Saww: " Wahai Jabir! Dan betapa beratnya syarat-syarat yang telah ku katakan, sebelum terampunnya dosa menjadi kenyataan."

Selamat Menunaikan Ibadah Puasa Serta Ibadah2 Lainnya.
Smg Kita Tergolong Dalam Golongan Yang Terampun Segala Dosanya.
Eltimosi Doa...